Thursday, October 29, 2015

Puteriku bersama sahabat dari TIM Jose Rizal Manua



Latitude/Longitude
1.564635,110.332199

Sanggar Seni dalam proses baik pulih dan pensturkturan semula bagi kemudahan penggiat-penggiat seni.




Tuesday, October 20, 2015








SANGGAR SENI SATOK

LAMAN SEMANDIN
LOT 99
JALAN HAJI KASSAN
KAMPUNG NO.5
KUCHING
SARAWAK


Menyepi bukan bererti tandus ide namun berkontemplasi bagi meraih sebanyak mungkin ilmu dan pengelaman untuk dijadikan wadah perjuangan. Setelah sekian lama maka tercetus ilham dan lahir sebuah gedung yang diimpikan, Gedung kesenian untuk berkarya dan menzahirkan cetusan-cetusan larik serta contengan dan terjah-terjah suara yang garau yang dinamakan SANGGAR SENI SATOK dan gedung yang bertiangkan nibong dan beratapkan daun nipah ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan YB Datuk Haji Fadillah Yusuf berserta para pemimpin di kawasan Satok. Terima kasih YB Datuk berdua kerana telah merealisasikan hasrat penduduk di kawasan SATOK dan PETRA JAYA menjadikan SANGGAR SENI SATOK sebagai Pusat Kecemerlangan Seni di daerah Kuching. 

Tidak lupa para sobat saudara Ahmad Hazlan Haji Ismawi Setiausaha Sulit YB Datuk Amar dan Saudara Abdul Rahman Haji Adenan Pegawai Khas YB serta rakan Persatuan Ko Ordinasi Pelancongan Satok (PKPS) jasa kalian tetap akan menjadi pendorong kepada kecemerlangan seni  di SANGGAR SENI SATOK. 

PERASMIAN SANGGAR SENI SATOK PADA 
SABTU 27 DISEMBER 2012

OLEH
YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg 
dan YB Datuk Haji Fadillah Yusuf